Thursday, June 5, 2008

Minyak Naik Lagi...

Salam...
Hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang kenaikan harga minyak dalam pasaran negara kita... kenaikan yang mencecah 40% ni mengejutkan rakyat di negara kita kerana ia berkuatkuasa tepat 12 tengah malam 5 Jun 2008. Kini harga minyak petrol RM2.70 naik sebanyak 78sen manakala diesel pula, naik sebanyak RM1 kepada RM2.58..

Berikut adalah kemungkinan yang bakal melanda negara:
1. kemungkinan kepada kebangkitan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk "meraih simpati" YB untuk lompat parti mungkin menjadi kenyaaan.
2. kepimpinan Pak Lah mungkin akan dikecam dengan lebih teruk oleh pimpinan yang lalu (terutamanya Tun M).
3. Kenaikan harga minyak bakal mengundang spekulasi lain yang memberikan kesan besar kepada peniaga-peniaga kecil, terutama peniaga bumiputera.


Apa yang boleh kita lakukan??
1. Bersyukur dengan segala nikmat dari Allah.
2. Kurangkan pergerakan dengan menggunakan kenderaan bermotor
3. gunakan tenaga secara effektif bagi menjimatkan penggunaan bahan bakar.
4. Banyakkan penyelidikan berkaitan guna tenaga yang boleh diperbaharui.


Kesimpulannya, gunakan segala sumber yang ada sebaiknya bagi kesejahteraan kita dunia dan akhirat..

2 comments

kwn saya perkenalkan blog ni pada saya. ni pertama kali saya disini. agak menarik topik2 yang diketengahkan.
saya nak komen sikit blh?
walau ada harga minyak naik, tapi kerajaan bagi subsidi. jadi,rakyat untung kan?? atau rakyat sebenarnya rugi?? maaf, tak reti sgt isu2 mcm ni.

LaLat

Memang x dinafikan bahawa rakyat untung bila dapat subsidi dr kerajaan, tapi kita nk juga tau bagaimana kerajaan uruskan subsidi tue?? skang nie kerajaan xdapat bagi sebab yang boleh diterima rakyat sehingga kita patut terima kenaikan harga minyak.

Sebarang komen amatlah dihargai.