Keliru...

Assalamualaikum..

Hari nie aku sebagai fasilitator utk Induksi Minggu Suai Mesra jadi sedikit keliru dengan segala tindakan aku. Malam semalam aku xsempat nk tido kerana tolong syuhada, lai, ngan lissa dengan kerja2 urusetia untuk menyiapkan data yang diperlukan untuk Pembimbing Suai Mesra(PSM).Pagi ni diadakan sukaneka untuk dimainkan oleh PSM nie dan menjadi salah satu aktiviti dalam tentatif induksi ni.

Tetiba jam 12.30tengahari, aku dapat call dari mak yang menangis bagitau bahawa Wan Darus dah meninggal.Aku tergamam, terkejut dan terkesima bila dengar berita ni. Aku yang tadi dok kaco budak2 PSM, ceria dan sebagainya. Tetiba jadi mcm blur...Sukar nk digambarkan perasaan & keadaan aku.Keliru yang amat sangat. Nak balik umah, confirm abah akan marah punya. Bila pulak kes balik ni melibatkan kos yang agak tinggi.

Aku terduduk + diam selama hampir 30 minit kat padang. PIkiran aku berkecamuk. Nk tido dulu ka, nak balik umah ka, nk pi ofis ka(sbb ptg tue ada meeting dengan HEP) dan bermacam2 lagi aku pikir.

Lepas tue aku amek keputusan nk pi ofis MPP dlu, untuk tgk keadaan persediaan untuk meting dengan HEP. Sementara tue aku msg Prof Amran, Kak Mas dengan En Awang untuk mintak tlg dptkan tiket.Apa yang aku usahakan alhamdulillah berjalan lancar. Prof Amran setuju untuk menyalurkan peruntukan HEP untuk aku pulang ziarah mayat Wan Darus.terharu jugak.Jam dah tunjukkan jam 3petang. Flight paling dekat jam 3.30 petang. Serta-merta Afiq jadi pilihan untuk mintak bantuan. Sampai ja kat airport, flight kul 3.30petang dah jalan. Terpaksa tunggu flight jam 5.30 petang. Sampai tertidur aku kat airport tue. Ngantuk sangat psal smlm xtdo langsung. Bertubi-tubi sms takziah aku dapt. Tenkiu banyak2 kawan2 pasal sudi bg ucapan & sedekahkan kiriman pahala untuk Wan aku.

Aku sampai di KLIA jam 8.30 malam. Aku standby untuk flight ke PEnang jam 9.30 malam. Alhamdulillah dapat. Kalo x, kul 11 malam la flight aku. Fariza ngan Hizam akan amek aku kat airport. Bila tepon ja, abah gitau bahawa Wan dah selamat dkebumikan.Huhu.. terharu lagi bila fikir aku sempat jumpa wan masa aku balik sat ari tue lebih kurang awal bulan Mei.Apakan daya, Allah lebih menyayangi beliau. Semoga rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah dan mendapat tempat yang terbaik di akhirat. Insyaallah.

6 comments:

  1. Takziah buat kau dan sekeluarga LAL... semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT... take care ok...

    ReplyDelete
  2. i ve nothing to say besides giving u n ur family condolence. stay brave - cokodok

    ReplyDelete
  3. Yang dijemput pergi adalah tetamu yang dirai, Kita doakan dan sedekah kah hadiah berharga Al-Fatihah.. Salam Takziah - Abg sani

    ReplyDelete
  4. Tq kawan2....smoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat tempat yang terbaik di alam sana..

    ReplyDelete
  5. takziah.. yg pergi tetap akan pergi itu janji Tyhan untuk setiap insan. kita harus lebih tabah dalam mengharungi semua dugaan tersebut.

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.