Monday, March 19, 2012

LETUPAN CINTA!

Setiap manusia akan mengalami rasa cinta yang tak terhingga banyaknya.

Mungkin bagi manusia yang pernah kecewa dalam hal cinta, akan mengalami sindrom ketakutan untuk bercinta.

Namun, dalam tak sedar, kebanyakan manusia akan mengalami rasa cinta ke atas kebanyakan perkara yang kita beri LEBIH PERHATIAN.

Tak kisahlah cinta pada manusia, cinta pada benda, pada kereta dan sebagainya.

Bagi aku, cinta hanya akan berlaku apabila wujud TINDAKBALAS antara 2 pihak.

Kalaulah cinta hanya diperlakukan oleh satu pihak semata-mata, maka ianya tidaklah sesedap cinta yang diharapkan.

Mungkin ia menyebabkan rasa SYOK SENDIRI semata-mata.

Oleh yang demikian, bagi mewujudkan TINDAKBALAS CINTA, anda perlu kreatif untuk mewujudkan situasi cinta yang boleh menghasilkan tindakbals dari insan yang dicintai.

Kalaulah tindakbalas itu bersifat NEGATIF, maka ia akan menghasilkan LETUPAN!

Maka ia perlu dilakukan atas tangggungjawab dan risiko sendiri!

Sunday, March 18, 2012

Program Pengajian Siswazah USM Bagi Semester 1, Sidang Akademik 2012/2013 (September)


Bagi sesiapa yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat PASCAsiswazah di Universiti Apex terbaik di Malaysia, Universiti Sains Malaysia boleh mengemukakan permohonan SEKARANG!


Untuk Permohonan Kemasukan Akademik sesi 2012/2013 ni, pengambilan September ini dibuka pada 12 Mac 2012 hingga 13 Mei 2012.

Permohonan secara dalam talian (ONLINE) boleh diakses melalui laman web  www.ips.usm.my 


Untuk memuaturun (download) borang permohonan, boleh klik link 
http://www.ips.usm.my/downloads/Admission

KESEMUA permohonan ini dibuka untuk pengajian bagi Program Mod Kerja Kursus dan Campuran SAHAJA.

**Bagi  Program-program Mod Penyelidikan tidak mempunyai tempoh pengambilan tertentu dan terbuka sepanjang tahun untukpermohonan dan pendaftaran. Cara permohonan adalah sama seperti di atas.

Saturday, March 17, 2012

Teater LARI karya Walid Ali.




Sinopsis:
Mayat Fakhrul yang berada dalam rumah Mamat dan Johan telah menyebabkan mereka berdua merasa takut dan melarikan diri. Keadaan bertambah buruk apabila mayat itu tidak berkepala dan kepalanya hilang entah ke mana. Semasa melarikan diri Mamat dan Johan telah melalui satu kawasan yang menemukan mereka dengan penjual hot dog, budak kampong dan perempuan. Dalam masa yang sama mereka telah mula berkenalan dengan seorang pengemis dan mula menjadikan pengemis itu sebagai kawan. Berlaku pergaduhan antara mereka bertiga sehingga menyebabkan Mamat dan Johan dibunuh oleh pengemis itu.


Tempat: Stor Teater DBP
Tarikh: 16 Mac -18 Mac 2012
Masa: 8:30 malam
Masuk dengan Sumbangan RM15
Pertanyaan: 0192561869


Arahan
Walid Ali


Lakonan
Azim Sharim, Hakimi Amin, Maisyarah Mazlan dan Qawiem Hamizan


Produksi
Luar Kotak Production
Photobucket Bloggers Penang
Personal Blogs Free PageRank Checker Blogged.my Academics Blogs Google Analytics Alternative

Followers

Terima Kasih untuk AR yang memperkasakan lAl
Web Statistics